andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan
bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
mencintai lelaki itu.
andai lelaki tahu...
apabila seorang
perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi
percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi
lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pasa
seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.
andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya
dengan lebih dekat.
andai lelaki tahu...
seorang perempuan
itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu
bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian.
kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan
mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya
mahukan yang terbaik untuk anda.
andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia
bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..
andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna
dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..
andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar
maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di
mata.
andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki
lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup
menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang
terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun
perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi
dihatinya kamu tetap yang terbaik.
andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi
degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan
kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena
caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan
fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia
akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi
dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan
pada diri anda.
andai lelaki tahu...
sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan
seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak
lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan
mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..
jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah
yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik
untuk anak-anak anda..
perempuan memang dilahirkan sangat
complicated untuk difahami.. tapi kadang-kadang lelaki juga sukar untuk
difahami.. mereka juga complicated.. :)
No comments:
Post a Comment